SEJARAH SEKOLAH



Lokasi awal Sekolah Kebangsaan Kemumin terletak berhampiran Masjid Mukim Kemumin sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang. Sekolah awal ini didirikan pada tahun 1945 pada Zaman Pemerintahan Jepun. Bangunan asal sekolah ini merupakan sebuah stor padi Askar Jepun. Guru Besar pada masa itu ialah En Mohd Noor b Hasan yang merupakan Guru Besar yang pertama. Setelah tamat pemerintahan Jepun, Sekolah Kebangsaan Kemumin berpindah ke lokasi baru di tapak sekarang. Sesi persekolahan di lokasi baru bermula pada tahun 1949.

Pada tahun 1953, bilangan guru adalah seramai 8 orang dengan jumlah murid seramai 200 orang meliputi tahuin 1 hingga tahun 6. Pada tahun 1977, dua blok bangunan utama dan satu blok kantin dibina untuk menggantikan bangunan kayu dan sehingga kini masih diguna pakai.

Sekolah Kebangsaan Kemumin terletak di kawasan Pengkalan Chepa di Bandar Kota Bharu. Semenjak dibuka sekolah ini mengalami pertambahan jumlah murid yang besar. Sejajar dengan pertambahan itu, dua blok bangunan bilik darjah telah dibina pada tahun 2001. Jumlah murid pada masa itu seramai 800 orang dengan bilangan guru seramai 38 orang.

Kini 2 blok bangunan baru dibina dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan murid. Bilangan guru yang mengajar pada tahun 2011 ialah seramai 39 orang dibantu oleh 4 orang staf pejabat dan 6 orang pekerja swasta.